Friday, May 27, 2016
PENGENALAN
Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup yang diperlukan oleh kelompok manusia. Pelancongan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal individu daripada tempat bermukim keluar tempat yang lain (Jamudin, 2012). Keperluan kepada pelancongan dilihat sejajar dengan gaya hidup manusia yang memerlukan pergerakan untuk pelbagai tujuan. Menurut Goeldner, Ritchie, dan Mclntosh (2000) tujuan mengembara ialah untuk urusan perniagaan, memenuhi kepentingan urusan peribadi, menziarahi rakan dan saudara mara serta merehatkan diri daripada aktiviti kebiasaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment